Home | About Us | Services | Equipments & Facilities | Our Team | Download | Career | Contact Us | Dental Vacation | Site Map |
Appointment adalah untuk kesenangan anda, anda yang memilih hari dan waktu yang anda suka.
Anda masih boleh datang bila-bila waktu pejabat tanpa appointment, tapi pesakit datang terdahulu ataupun pesakit dengan appointment akan diberi layanan terdahulu.
Mengapa appointment?-Efektif dan Efisien: Rawatan pergigian biasanya mengambil masa yang lama, appointment membolehkan rawatan semua pesakit dirancang/dikoordinasi supaya masa tunggu adalah minimal dan rawatan boleh dijalankan tanpa gesa-gesa, dengan itu menjaminkan mutu perkidmatan yang diberikan. Klinik berkomitmen untuk melayan setiap pesakit antara -10 ke +10 minit dari waktu appointment.
Ketepatan masa adalah penting
Lambat Belum Terisi:Jika pesakit lewat kurang dari 10 minit , jika tempatnya tidak diambil oleh orang lain, pesakit masih mendapat keutamaan appointmentnya.
Lambat Sudah Diisi: Jika pesakit lewat kurang dari 10 minit, klinik berhak memanggil pesakit lain,iaitu tempat anda mungkin diambil oleh orang lain dan anda perlu menuggu pesakit terdahulu itu.
Appointment Batal: Pesakit lewat lebih dari 10 minit dianggap membatalkan appointment secara otomatik. Jikaa anda menjadi seorang pesakit tanpa keutamaan(prioriti) dan keutamaan akan diberi kepada pesakit lain.
Untuk Siapa Appointment
"Berapa orang lagi sampai saya?" "Berapa lama lagi?" "Doktor ada tak?'
Jika anda tanya soalan seperti di atas, anda mungkin perlukan satu appointment.
Appointment sesuai untuk mereka yang:
Menghargai masa.Tidak mahu menunggu/beratur.
Kena datang berapa kali, misalnya membuat gigi palsu, rawatan akar orthodontik, jambatan dll.
Ingin mendapat layanan ekspress/keutamaan /VIP.
Untuk rawatan sangat senang seperti membuka jahit.
Untuk rawatan yang panjang seperti pembedahan, pembinaan korona dan jambatan.
Jika anda datang awal,anda akan ikut giliran sehingga giliran anda sampai ataupun waktu temujanji anda sampai, tengok mana yang terdahulu. Doktor mungkin memanggil anda 10 minit lebih awal.
Appointment tidak digalakkan bila
Anda tidak pasti boleh datang.
Anda tersesa-gesa lepas kerja/bersekolah dan mungkin tidak dapat datang mengikut masa.
Anda mempunyai sedikit masa sahaja untuk doktor menghabiskan rawatan. Buatlah satu appointment lain, kerana doktor tidak akan tergesa-gesa dalam kerjanya.
Anda mempunyai tabiat lewat atau berasa masa orang lain kurang penting dan boleh diubah-ubah mengikut kepentingan anda.
Dalam keadaan diatas, sila berikan peluang kepada orang lain.
Appointment 'Standby'- Jika appointment pada satu masa telah penuh, pesakit boleh meminta/diberi appointment standby(reserve).
Appointment standby mempunyai keutamaan kurang daripada appointment VIP. Akan tetapi jika appointment VIP gagal datang tepat pada masanya, appointment standby akan diberi keutamaan. Temujanji standby pada 10.15am 11.15am dll.
Menukar Appointment- Sila telegon klinik 3 jam (waktu pejabat beroperasi) sebelum masa appointment anda, supaya satu appointment yang baru diaturkan.
Membatalkan Appointment- Sila telefon klinik 3 jam sebelum masa appointment anda, sama ada satu appointment yang baru perlu diaturkan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika anda membuat appointment untuk 1-3 jam akan datang, anda tidak boleh membatalkannya. Membatalkan appointment tanpa cukup notis akan di rekodkan sebagai “Last Minute Cancellation” (LMC)
Gagal Hadir- Pesakit yang telah buat appointment tetapi tidak hadir tanpa notis terlebih dahulu direkodkan sebagai "Failed To Attend"(FTA).
Temujanji adalah satu perjanjian antara anda dengan doktor. Gagal hadir adalah kurang bersopan, bukan sahaja menunjukkan anda tidak hormat terhadap janji anda dan pada orang lain, malah menyebabkan anda susah mempertahankan diri jika terdapat sebarang perselisihan kelak. Ia juga mempengaruhi merit anda untuk appointment seterusnya.
Had Appointment- Pesakit yang kurang kredibiliti, misalnya pernah gagal hadir atau selalunya menukar/membatalkan apointment tanpa memberi cukup notis, klinik masih terima apointment mereka, tetapi dalam bentuk appointment standby, tanpa notis seterusnya. Jika keadaan teruk, klinik boleh menolak sebarang appointment untuk pesakit tersebut ataupun meminta guarantee berbentuk deposit sebelum appointment dibuat. Guarantee tersebut tidak akan dikembalikan jika pesakit FTA atau membatalkan appointment tanpa cukup notis
10 minit sudah diberi sebelum satu appointment dikatakan FTA. Adalah tanggungjawab pesakit untuk datang pada masanya. Sila mengambil kira jarak, keadaan kesesakan lalulintas, parking, cuaca dll. Sila jangan buat sebarang aduan terhadap ketepatan jam klinik. Tiada alasan yang diterima apabila pesakit lambat. Walaupun anda lambat, receptionist akan jemput anda duduk tetapi tidak akan memberi sebarang janji berapa lama sampai anda. Sila memberitahu kaunter kalau anda tidak boleh tunggu supaya appointment lain boleh dibuat.
Pesakit kecemasan (berdarah dan kemalangan) mempunyai keutamaan dahulu melebihi semua pesakit lain.
Rekod dalam Buku Appointment klinik adalah muktamad.. Tiada rekod dalam buku bermaksud tiada appointment. Jika ada sebarang perselisihan tentang waktu appointment, sila tunjukkan slip appointment anda.